PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Tuesday, December 11, 2012

Chapter 1 : Mama

Sinopsis 

Nuralisa atau lebih dikenali sebagai Lisa adalah merupakan anak terakhir dalam keluarga Bakri, Bakri telah meninggal dunia ketika Lisa berumur 4tahun.Lisa merupakan anak angkat, Bakri dan Lina isterinya bertemu dengan Lisa di pagar rumahnya.Setelah membuat laporan, Bakri dan Lina tidak dibenarkan membawa pulang Lisa.Lisa akan dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak untuk penjagaan rapi.

Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas.Bakri masih teringat akan Lisa, lalu dia membuat keputusan untuk mengambil Lisa sebagai anaknya.Keputusan Bakri itu, diterima oleh isterinya dengan senang hati.Mereka terus mengambil Lisa sebagai anak angkat ketika Lisa berumur 1tahun.

"Lisa!!! tolong mama sini" jerit mama.

"Baik ma, Lisa datang!" Lisa yang leka di hadapan laptop, terus bangun dan menuju ke ruang dapur.Lisa pelik kenapa mama sibuk menyiapkan makanan yang banyak, padahal hanya Lisa dan mama sahaja duduk dirumah. 

"Akak-akak kamu nak balik! Itu mama masak" tanpa bertanya, mama sudah tahu apa yang berada difikiran lisa. "ohh..patutlah!' kata di sudut hati Lisa, entah kenapa seperti ada sesuatu yang menahan suaranya keluar.

Lisa yang tersenyum tadi tetiba hilang senyuman tatkala mendegar kata terakhir yang keluar dari mulut mamanya.Lisa sangat beruntung pada umurnya baru 17tahun, dia mempunyai 3 tiga orang kakak yang sangat berjaya dalam bidang masing-masing.

Tapi malangnya dia tidak pernah rasa keuntungan itu.Kakak-kakak Lisa, tidak pernah menganggap Lisa sebagai adik bongsu mereka.Lisa selalu dimarah, dipukul dan diherdik setiap perkara yang dia lakukan.Mama? kadang-kadang membela aku dan sebaliknya.

Mama sering berkata "Sabar ye, Lisa.. Mama tetap sayangkan Lisa walau apa pun terjadi" Lisa hanya tersenyum tatkala mendengar kata-kata daripada mama.

"Hoi perempuan! aku nak air oren sejuk! CEPAT SIKIT!" herdik Tina, Kak Ciknya. Tina memang tidak pernah berbaik dengan Lisa kerana Tina beranggapan sekiranya mama dan arwah papanya tidak mengambil Lisa, pasti dia menjadi anak manja mama dan arwah papanya.

Lisa datang dengan membawa dulang yang mengandungi lima gelas dan satu jug yang berisikan air oren sejuk.Setelah dia tuangkan air, dia terus bangun hendak keluar daripada kawasan mama dan kakak-kakaknya berkumpul.

"Lisa, nak pergi mana? Mari duduk sini" Panggil mamanya.

"Mama! nak buat ajak dia duduk sini, buat semak pemandangan saja.Lagipun dia bukan siapa-siapa!" kata Kak Long, Rina.

"Yelah ma, takyah ajak dia.Lagipun tadi Min tengok kat dapur pinggan belum basuh biarlah dia basuh! Nanti kotor singki" Sambung kak Ngahnya.

Mama terus diam tak berkata,. Lisa yang berdiri terus bergerak ke dapur dengan perasaan sedih.Dia tak mampu menangis, setiap kali kakak-kakaknya pulang.. dia perlu bertahan dengan perasaannya sendiri.

Pernah kawannya ajak lari daripada rumah, tapi bila di kenang budi arwah papanya..Dia terus menolak pelawaan rakanya.Dia sanggup dimarah dan dipukul oleh kakak-kakaknya, daripada dia menyakiti hati mamanya sekiranya dia keluar daripada rumah.Biar dia dimarah, dilayan seperti sampah.Dia tetap akan bersama mamanya sehingga akhir hayatnya.

"Ok! Kalau macam itu kita buat sekali baru meriah, kan mama?" kata kak Min

"Mama tak kisah, tapi dengan syarat!"

"Apa?" serentak kakak-kakaknya bertanya

"Mesti buat dirumah ini!Deal?" 

Kakak-kakakntya terus menganggukkan kepala tanda setuju., perbincangan mereka Lisa hanya mendegar dari jauh dan kali ini entah kenapa dia sangat seronok apabila perbincangan itu berakhir.

bersambung .....

3 comments:

Lokman said...

salam.. datang terjah dari link blog mak dara.. ^_^

http://www.lokmanramli.my

PERMATABIRU said...

salam..singgah terjah sini dr link makdara

follow u #79

mairamanja said...

thumb up..terbaik citer.dtg dri segment mak dara..follow sini yeh