PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Wednesday, May 16, 2012

Eps6 : Aku Bukan Milikmu




  
  Demi Tuhan, saya bukan tak suka dengan awak.Tapi saya takut, saya takut dikecewakan. Amirul Azran, saya takut.Saya takut dengan harapan yang awak berikan pada saya itu hanya sementara. ' Aku tahu luahan aku itu seperti mengharap orang yang sedang berada di depan aku ini bukan orang yang sama perasaannya seperti dia yang pernah tinggalkan aku dengan begitu kejam.


"Sayang.. kenapa cakap macam itu?b ikhlas, kalau b nak main-main dengan cinta dan perasaan sayang kenapa b sibuk nak jumpa mak abah sayang.Don't worry, b akan sentiasa berada di sisi sayang.Tiada apa yang dapat pisahkan kita berdua" Penuh yakin dia menjawab, hati aku masih gusar.

Keadaan sunyi hanya bunyi kerendaan yang lalu lalang disitu sahaja.Aku dan dia, diam tak berkata.Aku tunduk, dia pandang kiri kanan.Dalam tidak sedar, aku menangis.Dia terkejut apabila mendengar aku tersedu-sedu menahan tangisan.

Dia datang padaku, lalu mendongakkan kepalaku.Pipiku basah dek kerana air mata yang mengalir jatuh ke pipi.Dia duduk melutut di depan aku, dia lap pipi aku dan dia tersenyum dan berkata 'Jangan menangis sayang, b janji b takkan sakiti hati sayang.' Kata-katanya yang membuat aku lebih tabah sedikit.

Dalam kereta, 
Tiada apa yang nak dicakapkan, aku membatukan diri begitu juga dia.Sampai sahaja dirumah, aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan dia.Tapi dia buat tidak tahu sahaja, mungkin dia marah.Dengan perasaan sedih, aku tabahkan hati keluar dari kereta.Tetiba tangan aku di tarik dan serta merta aku terduduk semula ditempat duduk aku.

AWAKK!! aku marah bila di perlakukan seperti itu.

Saya sayang dan cintakan awak ' Dia berkata dan senyum

Aku yang dalam keadaan marah, aku buat tidak tahu dengan kata-katanya.Aku cuba merentap tangan aku tapi pengangan dia terlalu kuat sehingga aku rasa terlalu sakit.

Lepaslah, tangan saya sakit ini. ' Rayu aku supaya dilepaskan.

Diam.Mata aku dan dia bertentangan.

'Lebih kuat lagi cinta saya kepada awak, saya sayang awak Nur Amira Azira.Tolong jangan tinggalkan saya.' Katanya dengan penuh perasaan.

Aku hanya menganggukkan kepala dan diam tanpa kata.




No comments: