PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Wednesday, May 9, 2012

Eps5 : Aku Bukan Milikmu








    Hubungan aku dengan dia, terjalin dengan baiknya.Aku mengenali semua ahli keluarganya begitu juga dia.Aku sangat bahagia bila berada disisi dia. Amirul Azran hanya kau satu-satunya lelaki yang tiada pertalian darah dengan aku sentiasa berada dalam hati dan ingatan aku.Cuma aku tidak tahu bagaimana untuk ungkapkannya kerana aku takut dikecewakan lagi.

Mak? Sudah tentu gembira tidak terkata, siap tanya bila aku akan bernikah walaupun realitinya aku masih berumur 18tahun yang masih tertanya-tanya dengan keputusan peperiksaan aku.Sememangnya itu mak aku, yang selalu mendukung aku daripada belakang. 

Abah? Abah tak berapa kisah tentang hubungan aku dan dia.Tapi kadang-kadang abah agak tegas bila dia bawa aku lewat malam.Abah sangat tegas dalam semua hal, termasuk hubungan aku dengan dia.Sebelum keluar dengan dia, abah mesti berkata pada dia "Macam ini anak pakcik, kau bawa keluar.Macam ini juga kau bawa dia balik ke rumah.Faham?" 


• Amirul Azran Online

Amirul : Sayang! i love you :)

Aku suka dengan ayat itu, tapi terasa lain macam sahaja..

Amira : Ish! itu saja awak tahu cakap.Buatnya tidak! errgghh.. geram.

Amirul : Leklu sayang, kan b tengah kumpul duit.Nanti duit dah cukup kita nikah lepas keluarkan duit dari bank ye?suruh tok kadi tunggu luar bank, takpun dalam bank je.Sejuk sikit, ada aircond..hehehe :D

Amira : Awak! saya serius,. jangan main hide and seek boleh tak?

Amirul : Ceh, perli b lah tu kan?! Oklah..b serius, sayang nak kita nikah cepat ye? ti b discuss dengan family dulu ye,sayang?

Amira : Sebenarnya, sebelum b buat semua tu, nak bincang dulu berdua.Kita jumpa ye? Esok! B ambil sayang kat rumah tau.Saya ada kerja nak buat, nanti saya mesej.bye.

Amirul : Ok sayang.

Aku saja taknak balas mesej dia semata-mata nak tunggu dia sebut perkataan mula-mula tadi.Ish! dia ini, tak faham-faham ke? taiplah i love you macam tadi... sekali lagi saja.lepas ini, tak komen apa-apa lagi.Mungkin dia memang taknak sebut lagi kot, takpe lah.. "I love you, Amirul Azran" ia masih terungkap di dalam hati sahaja.


• Amira Azira Offline

------------------------------------------------------------

Titt,titt -- bunyi mesej masuk.

Aku terus mencapai telefon yang berada di meja solek.

1 New Message from Bie <3

Aku buka peti mesej tanpa perasaan lalu aku membaca isi kandungan yang tertulis 

" I LOVE YOU, SAYANG! Walaupun seribu kali awak marah saya ucapkan ayat ini, saya takkan pernah takut dan jemu untuk mengucapkannya kerana saya terlalu sayang dan cintakan awak. "

Aku tersenyum dan terus tersenyum.

Ya Allah, adakah dia adalah tulang rusukku? sekiranya dia adalah orangnya, yakinkan aku kerana sesungguhnya aku takut di kecewakan lagi.




No comments: