PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Friday, June 22, 2012

Eps8 : Aku Bukan Milikmu

 









 Dah sebulan, hubungan kami berulang kembali seperti dahulu dimana dia diam membisu seribu bahasa tanpa sebarang missed call ataupun mesej.Aku terus berfikiran positif, mungkin dia busy.Lagipun hubungan kami makin ke depan, so dia tengah sibuk kumpul duit.

Seperti biasa yang di lakukan aku setiap hari adalah buka facebook. Ermm.. itu dah menjadi kerja tetap aku, sejak tamat pengajian UiTM.Sementara menunggu kerja, aku buatlah kerja tetap tanpa gaji ini. Pada mulanya aku nak log-in facebook yang dibuat khas untuk kami.

Tapi 'takpelah buka aku punya dulu' hati aku berkata dengan terus tangan aku menaip email dan kata laluan facebook aku. Dah puas aku LIKE dan komen status member, aku pun taip CintaDoubleA di butang pencarian untuk view facebook kami.

Ya Allah,.. apa semua ini?' aku terkejut.

'Mungkin aku salah tengok profile orang.Tak mungkin semua ini, berlaku' Aku hanya mampu menahan airmata dan menahan sebak.Aku terus logout facebook aku dan login facebook CintaDoubleA itu.

'Awak....' aku tak mampu untuk menahan tagisan apabila melihat gambar profile yang digunakan untuk profile itu. 'Kenapa awak buat saya macam ini?Saya cintakan awak' Aku terus menangis.

Satu persatu aku tengok gambar yang ada di dalam album.Tak banyak, hanya ada lima keping gambar dalam satu album.Tapi gambar itu cukup memberi impak kepada aku.'Siapa perempuan ini?' Aku terus bertanya sendiri sambil menangis teresak-esak.

Sudah hampir 5minit aku meneliti gambar yang sama berulang-ulang.'

'Awak, perempuan ini cantik sangat.Kenapa awak pilih saya sedangkan awak sudah ada dia?' Aku cuba menahan sebak.

Tanpa aku sedari mak sudah masuk ke dalam bilik dan mak sangat terkejut melihat aku menangis seperti ini. 'Az kenapa ini?! kenapa Az menangis dan siapa buat Az?' Mak tanya soalan bertubi-tubi.Aku tak mampu menahannya.

Aku bangun dan terus memeluk mak. Aku memeluk mak seerat yang mungkin, hanya mak yang mampu tenangkan aku pada saat ini.Mak mengusap-ngusap belakang aku agar aku bisa tenang, lama aku memeluk mak dan akhirnya aku mampu mengawal emosi.

Aku melepaskan pelukkan.Tidak sempat aku berkata apa-apa, mak terus berkata "Jangan sebabkan lelaki, kita jadi lemah.Jadikan ini sebagai cabaran, yang mungkin akan membahagiakan kita Kelak!" Mak tepuk bahu aku dan berkata "Anak mak seorang yang kuat, mak tahu itu.Hadapi dengan tenang ye, nak?"

Aku menganggukkan kepala. Aku toleh ke belakang, rupanya aku lupa tutup gambar-gambar yang aku lihat tadi mungkin masa aku peluk mak. Mak tahu ini sebabnya aku menangis.Aku tak kuat dengan semua ini, tapi aku mesti bertahan DEMI mak dan maruah aku sebagai perempuan.

'Aku tatap lagi gambar mereka berdua, mesra sangat dan memang sangat sesuai' Kata hatiku.

Aku nak buat keputusan, aku perlu pergi untuk mereka.Biar dia bahagia, bahagia dengan pilihan dia. Aku tak mampu nak berkata apa-apa, hanya aku tahu kau sentiasa dalam doaku, Amirul Azran. Semoga kau bahagia dengan pilihan kau.

Aku mencapai telefon bimbit aku untuk menelefonnya.

Tapi.................................


Nantikan sambungannya :)

2 comments:

Amirah. said...

hehe touching la pulak ><

Cik T said...

hehe :)