PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Saturday, January 31, 2015

CHAPTER 5 : MAMA

tiktiktik.. telefon bimbit Kamal berbunyi yang menyatakan ada mesej masuk. Kamal terus mencapai telefon bimbitnya..

'Hai'
'Hai, siapa ini ye?' Kamal membalas
'Lisaaa...' sesungguhnya Lisa memang taktahu nak borak apa.

'Alisa! Hai.. awak buat apa? Dari semalam saya tunggu mesej awak. Hehehe. Saya nak mesej awak, takde nombor. Menyesal saya tak minta nombor awak haritu"  terang Kamal.

Mesej Kamal yang panjang itu, membuatkan Lisa tersenyum lebar. Kamal sememangnya seorang periang dan sentiasa buat Lisa tersenyum.

———————————

4 Tahun sudah usia perkenalan Lisa dan Kamal. Kamal sudah yakin dengan perasaannya dan bercadang nak melamar Lisa. Dia terus mendial nombor telefon Lisa.

'Hello sayang Alisa, malam ini kita dinner sama nak?' tanya Kamal sambil tersenyum.

Sayang? hai Kamal ini.. suka sangat buat hati aku berdebar-debar. Macam mana aku tak cair. Uihh..

'Ye.. Kamal. Boleh, awak ambil saya ye? Malas nak naik teksi.. hahaha' 

'Eh! Mana boleh saya biarkan awak naik teksi malam-malam, ish! Awak ini..' ngomel Kamal.

'Macam orang tua'

'Hah?! Apa?' tanya Kamal walaupun dia dengar jelas apa Lisa cakap pada dia.. 

'Takde apa.. hahahaha' gelak Lisa.

——————————

'Nuralisa binti Muhammad, sudikah awak jadi isteri saya yang sah?'

Lisa terkejut. Lisa speechless. Apa yang perlu dia cakap. Apa yang perlu dia buat. Orang yang di sayang, melamar dia. Ya Allah, bahagianya rasa.

'Alisa.... Nuralisaaa.. sudikah?' 

'Saya terima awak' kata Lisa sambil mengesat air mata. 

'Kalau sudi, kenapa sayang menagis?' 

'Seronok. Bahagia. Terima kasih awakk...' Lisa senyum, Kamal pun senyum sambil lap airmata Lisa.