PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Monday, January 28, 2013

CHAPTER 3 : Mama




Esok majlis yang di nantikan oleh semua ahli keluarga Bakri termasuk Lisa. Kakak-kakak Lisa sibuk dengan persiapan, makanan-makanan yang hendak disediakan pada majlis itu.Lisa pun turut serta sibuknya.

"Lisa!!! kau buat apa?cepat tolong pasang semua belon ini" Jerit Kak Ngah.

Lisa baru sahaja meniup belon dan suruh pulak panjat untuk sangkut belon-belon, Lisa yang penat ikutkan sahaja permintaan kakaknya.Tidak dapat di sembunyikan rasa gembiranya untuk menyambut hari jadi kak Ngah dan Kak Cik.

"Kak Ngah, dah jemput kawan.. Kak Cik, kau dah jemput kawan kau ke? tanya kak Ngah

"Dah..Kak long pun dah jemput!" balas Kak Cik bersahaja.

"Lisa!!Kalau kau nak ajak kawan kau, ajaklah!" kata Kak Long...

Pada waktu itu, Lisa rasa sangat seronok..walaupun cara cakap sangat kasar, tapi dia rasa dia paling bahagia pada masa itu,Kak Ngah dan Kak Cik juga tidak membahas apa-apa tentang apa yang kak Long cakapkan.

Setelah penat berkemas, kakak-kakaknya terus masuk ke bilik pada jam 1pagi.Tapi Lisa cuba segarkan matanya dengan secawan kopi.Lisa rasa, inilah masanya dia membuat kek untuk Kak Ngah dan Kak Cik.
---------------------------------------------------------
Kek siap sepenuhnya.Lisa siap di dalam kotak dan terus masuk ke dalam peti, Lisa yang kepenatan terus kembali ke bilik.. dan terus baring dan tertidur.

"Oi!bangunlah pemalas!! bangunnn!!" Kak Cik jerit sambil mengetuk pintu bilik Lisa sekuat-kuatnya!

Lisa terkejut terus bangun dan buka pintu biliknya.Tak sempat Lisa bertanya, Kak Cik memenggang bajunya dan terus membawa dia ke tingkap yang ada cahaya matahari.

Kau buta ke? dah tengah hari masih tidur lagi! PEMALAS!!" Herdik Kak Cik sambil menolak kepalanya.Lisa membatukan dirinya walaupun dia lakukan sedemikian.

Ini kenapa ini, menjerit pagi-pagi?" tanya mama

Ini! anak kesayangan yang mama kutip ini!" jawab Kak Cik sambil tolak kepala Lisa

Kak Cik! kenapa cakap macam itu? itu adik Kak Cik juga!" marah mama

Dia bukan adik Kak Cik!!" jawab Kak Cik dan terus berlalu pergi..

Lisa pun terus masuk ke bilik dan duduk di birai katilnya, entah kenapa tiba-tiba airmatanya mengalir ke pipi.Kata-kata Kak Cik, sangat menyentuh perasaan Lisa.Lisa tetap kuatkan semangat.Lisa bangun terus ke cermin, lihat dirinya dan senyum...

Lisa, kau budak yang kuat..mungkin Kak Cik tengah marah.Kau pun satu, dah tahu hari ini penting..kenapa bangun lambat! dah pergi mandi.." ngomel Lisa sendiri di depan cermin

-------------------------------------------------

Setelah siap, Lisa turun ke bawah dengan segera.Lisa dengar memang riuh sangat, tetamu dah sampai rupanya.. ' ramainya kawan kakak' kata Lisa dalam hati. Sedang Lisa khayal menuruni anak tangga tanpa melihat ke hadapan Lisa terlanggar seseorang.

"Maaf encik!" pohon Lisa lalu mengangkat kepalanya perlahan-lahan

"Takpe it's ok, toilet mana ye? toilet bawah ada orang guna" terang lelaki tersebut

Lisa terus menunjukkan tandas yang ada di tingkat atas.Lelakii itu terus berlari masuk ke tandas.Tak ada terima kasih langsung, sombong!' marah Lisa dalam hati.Mata Lisa melilau mencari rakannya Lin, dia hanya menjemput Lin ke majlis tersebut.

hah!' sergah Lin

Lin, kau nak aku mati cepat ye?' marah Lisa..'Mestilah, tak~' jawab Lin

Lisa terus mengajak Lin masuk ke dapur untuk menunjuk kek yang dia telah buat untuk kakak-kakaknya. "wow!!" hanya satu perkataan yang keluar dari mulut Lin, Lin memang mengakui kek yang di buat oleh Lisa sangat cantik.

"Sesi memotong kek!" kata Kak Long kepada semua tetamu.

Setelah selesai memotong kek, para tetamu di jemput untuk menjamu selera.Makanan yang di hidangkan itu semuanya hasil tangan mama dan Lisa.Lisa sangat bahagia sangat hari ini, lepas majlis selesai.. dia akan wish secara mengejut dengan hadiah kek itu. Dia tidak sabar saat itu.

Lisa yang tengah mengelamun, tetiba ada orang datang sebelahnya dan menegurnya...

"hai..nama awak? tanya lelaki itu

"hai, Nuralisa panggil Lisa saja.." jawab lisa dengan senyuman

"Kalau saya nak panggil Alisa boleh? tanya lelaki itu lagi.

Lisa pelik dengan kelakuan lelaki itu, dia tahu siapa lelaki itu.Lelaki itu adalah lelaki yang menanyakan tandas dan terus berlalu tanpa berterima kasih.Lisa menjawab pertanyaan lelaki itu dengan anggukan kepala dan terus berpaling ke tempat lain.

Saya Kamal, saya nak kenal dengan awak" Sikap terus terang lelaki itu, sangat mengejutkan Lisa.

Kenapa awak nak kenal dengan saya?padahal kita hanya bertembung sahaja tadi dan sekarang saya baru tahu nama awak dan awak pun baru tahu nama saya..kan? Kata Lisa.

Lelaki itu senyum dan berkata 
"Saya nak kenal awak untuk jadi kawan saya, tak boleh ke? Kalau nak kawan kena tahu nama dulu kan? baru boleh kenal macam mana kawan kita kan?" Ulas lelaki itu

"Awak datang majlis ini, siapa jemput" tanya Lisa dengan penuh debar.

Lisa tahu lelaki yang bernama Kamal ini, pasti dijemput oleh salah seorang kakaknya.Dia takut sekiranya kakaknya memarahi kerana dia berkawan dengan kawan kakaknya sendiri.

"Oh!Saya ikut kawan serumah saya, Fairuz.Dia kawan kakak awak, Tina." Jawab Kamal

Lisa terus tersenyum.Dia sangat yakin sekarang sekiranya dia berkawan dengan Kamal kerana Kamal bukan salah seorang teman rapat Kakaknya.

Disebabkan Lin terpaksa balik awal, Lisa menghabiskan masanya dengan kawan barunya yang bernama Kamal.Sepanjang majlis itu berjalan bergelak ketawa, borak bersama-sama.Setelah tamat majlis, kamal memberi Lisa nombor telefonnya dan berharap Lisa menelefonnya dan Lisa mengambil nombor telefon itu dengan senyuman.

No comments: