PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Monday, January 28, 2013

CHAPTER 2 : Mama



Disebabkan Kak Ngah(Kak Min) dan Kak Cik(Kak Tina) lahir dalam bulan yang sama, beberapa hari selang tetapi tahun berbeza..mereka memutuskan untuk membuat majlis hari jadi berjalan dengan serentak, dengan syarat ia diadakan di rumah mereka.

Sesudah perbincangan, Lisa terus tersenyum.Dia tahu secara tidak langsung dia akan turut serta majlis hari jadi kakak-kakaknya.. Lisa balik ke bilik dengan perasaan yang gembira.

Malam itu, Lisa dengan gembira terus berfikir hadiah apa yang patut diberikan kepada kakak-kakaknya. Beg? Jam? arghhh!! apa aku nak bagi ini? Lisa buntu, lisa berfikir sehingga Lisa tertidur.

Majlis hari jadi akan berlangsung lagi 3 hari.

"Mama.." Lisa terus duduk sebelah mamanya yang sedang menonton drama korea.


Mama yang leka menonton, dibiarkan sahaja Lisa yang memanggil dan duduk bersebelahan dirinya.

Mama, nanti kita nak sambut hari jadi kak Ngah dan Kak Cik kan?" tanya Lisa

Mama hanya menganggukkan kepala sahaja, dan Lisa terus bertanya.

"Kak Ngah Kak Cik suka apa ye?Lisa tak tahu nak beli apa" Rungut Lisa.Lisa benggang dengan dirinya sendiri kerana dia tidak tahu apa kegemaran kakak-kakaknya.

"Cuba buat kek!" mama terus memberi idea dengan senyuman.

"Kalau Lisa nak beli barang, Lisa beli sahaja apa-apa..sebab mama pun tak tahu akak Lisa suka apa" Tambah mama.

Lisa tersenyum mendengar jawapan yang mama berikan.. 

"Thanks mama!" Lisa mencium pipi mama dan terus naik ke biliknya, buka laptopnya dan terus google resepi untuk membuat kek.Lisa memang minat kalau masak-memasak, itulah mama terus bagi jawapan begitu..sebab mama pasti kebolehannya untuk membuat kek.

Setelah menyalin resepi, Lisa terus mengambil telefonnya.

"Lin, jom keluar! aku nak shopping beli barang"

"Pergi mana? sekarang ke?Beli apa?" Lin yang suka membeli belah, seronok dengan pelawaan Lisa tadi.

"Sekejap lagi, nak siap dulu..aku nak beli barang buat kek, untuk majlis hari jadi kakak aku nanti" Jelas Lisa.
------------------------------------------------------

Lin atau Fazlin memang teman rapatnya, dia memang suka berjalan atau lebih senang dipanggil "Kaki Shopping".Walaupun minat Lin tak sama dengan Lisa, tapi Lin sangat memahami Lisa.Lisa jarang teman Lin membeli belah, tapi dia sangat senang berkawan dengan Lisa

Banyaknya kau beli, kau nak buat kek berapa banyak?" tanya Lin 

Aku kan baru nak belajar, nanti tak jadi.. kena beli lagi, so biar jadi stok kat rumahlah!" Jawab Lisa dengan penuh yakin.

Lin terus diam dan ikut sahaja apa kata Lisa.Lin pun yakin Lisa boleh lakukannya..Setelah penat mencari barang-barang kek, dia terus pergi singgah ke KFC.

"Aku belanja" ringkas dan tepat apa yang Lisa tuturkan.Lin tersenyum gembira.

-------------------------------------------------------
Thanks Lin sebab teman aku" Kata Lin apabila kereta yang dipandu oleh Lisa tiba di depan rumahnya.

Welcome, thank for KFC too" Jawab Lin , Lisa menganggukkan kepala dan terus keluar dari kereta.

Tetiba Lin membunyikan hon keretanya, Lisa berpaling....

"Good Luck for Cake!Jangan lupa hantar kat aku yang tak sedap" ketawa Lin menyakat Lisa. Lisa tersenyum dan berkata "Yang hangit, aku hantar" Lin senyum dan terus berlalu pergi. 

Mereka memang senang dengan cara begitu "perli memerli" sikap mereka memang
membuatkan hubungan rakan semakin rapat.

"Hah! Lisa pergi mana?" Kata mama yang tetiba muncul dibelakangnya semasa Lisa meletakkan barang-barang yang dibeli di dapur.

"Mama..terkejut Lisa!Tadi Lisa keluar dengan Lin, pergi beli barang buat kek" jelas Lisa.

"Oh!! semangat anak mama ini, nak buat kek ye?Lambat lagi hari jadi akak kamu itu" Bebel mama.

Lisa diam dan terus memeluk mama..Mama pun terdiam dan membalas pelukan, mama tahu itu sebenarnya perangai Lisa.Walaupun dia sedar dia anak angkat dalam keluarga Bakri
dan tidak disukai oleh kakak-kakaknya..Lisa tetap manja dengan mama.

"Mama, Lisa nak naik mandi dulu ye?" kata Lisa

No comments: