Aku pelik dengan sikap mak sejak aku jatuh motor minggu lepas, sikap mak berubah sama sekali.Dahulu mak orang yang paling pantang kalau aku atau adik-adik aku bawa lelaki datang ke rumah, walaupun mak tahu budak lelaki itu teman sekolah aku atau adik-adik aku.
Budak lelaki yang hantar aku balik itu, siapa namanya ye?lupalah, kalau tanya mak confirm tahu.Mak takde pula membebel, marah budak lelaki itu.Aku ingat budak lelaki itu akan kena tembakan tepat dari mak aku, rupa-rupanya lain pula jadinya.Semakin Akrab pula.
"Az,.. sini tolong mak!Mak nak ajar kau masak asam pedas ni."
"Ye, mak! Az datang ni" aku terus berlalu ke dapur.
"Mak.." "Ye,.kenapa az?"
"Az nak tanyalah kenapa mak tak..........takde apa-apa lah!" sebenarnya aku memang takut nak sambung pertanyaan ini.Kalau aku silap cakap confirm kena marah, so baik aku tak payah tanya apa-apa lagi.
"Az, kau tak teringin ke nak kahwin?ada suami?"
"Hah?! mak biar betul? az tengah tunggu result ini mak.." Terkejut aku dengan pertanyaan yang terpancul dari mulut mak sendiri.
"Ala, tak apalah sekurang-kurangnya ada orang jaga kau" dengan senang hati mak menjawab.
Aku terus diam dan mak pun diam.Kami selesaikan masakan kami hari ini, Asam Pedas.Siap sahaja masak aku terus berlalu ke bilik dan membuka laptop.Dalam pada masa yang sama, aku sibuk memikirkan kenapa mak tiba-tiba suruh aku berkahwin.
• Amira Azira Online
Amira : Awak online tak?
Offline pula mamat ini, baru nak lepas geram.Tunggu sajalah.. setelah 15minit menuggu
• Amirul Azran Online
Amirul : Awak?? Sorry tunggu lama, baru online ini.Nape tak call kalau nak suruh saya online?
Amira : Takpe..tak lama pun, malas nak call.Bazirkan kredit saja.Tak penting, cuma..
Amirul : Cuma pe mira?
Amira : Mak saya! pelik semacam.. dah tahu saya tengah tunggu result, boleh pula tanya bila nak kahwin.Pelik betul!
Amirul : hehehe..betu lah tu.Mybe dia nak timang cucu awal kot.hihihi
Amira : Awaakkk...i'm serius okeyh!!
Amirul : Amira Azira...
Amira : Ye saya, kenapa? ada apa-apa yang boleh saya bantu encik Amirul Azran?
Amirul : Jom Jumpa?nak tak?
Amira : WHAT? ARE YOU CRAZY?!!
Amirul : Please jangan guna capital letter, takutlah..i cuma crazy nak jumpa u yang comel ini.
Amira : Mak i pelik.. now u pelik! Lepas ini, abah i pula pelik..aduhai, peninglah!
Amirul : Kita jumpa, confirm nanti u takkan pelik lagi!! CONFIRM!
Amira : Kenapa pula?
Amirul : Esok i jumpa u dekat Taman Permainan belakang rumah u.Pukul 12tengahhari.
Amira : HAH?!
• Amirul Azran Offline
Gila larh mamat ini! tension aku larh, ajak keluar bagai..belakang rumah pula tue! Perhh!! gila larh,.
No comments:
Post a Comment