PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Thursday, March 1, 2012

Eps4 : Aku Bukan Milikmu




    Betul ke aku nak jumpa mamat ini, seram sejuk pula aku dibuatnya.Kalau aku tak pergi, CONFIRM! dia datang serang rumah aku.Mampus aku kena marah dengan mak aku nanti.Baik aku ajak ina temankan aku.Aku mencapai telefon dan terus mendail nombor ina, teman baikku.

Macam mana ini, nak tak nak aku kena pergi juga.Ina ada hal.Aku mula tidak keruan.

'Az!! tak siap lagi, bukan kau kata nak keluar ke tadi?' sergah mak dari muka pintu bilik aku.

Aduh, bila pula mak tercengat kat pintu bilik itu.Nak siaplah ni, tapi masalahnya az takut nak jumpa dia.Aduhai!! membebel sendiri sambil mengaru belakang kepala aku yang tidak gatal.

Mak yang pelik tengok kelakuan aku hanya menggelengkan kepalanya dan berlalu tanpa soalan bertubi-tubi banyaknya.Alhamdullilah,.. selamat mak tak bising.Aku siap dulu larh!

       Jam dah pukul 2petang, mana pergi mamat ini.Entah-entah dia perbodohkan aku! Arggghhh!! merengus kebosanan menunggu.Aku tak lekang melihat waktu yang sentiasa berlalu di pengelenggan tangannya.

"Assalammualaikum, Amira Azira?" Amirul tersenyum sinis.

Aku amat terkejut dan tidak pernah aku jangkakan aku akan bertemu semula semua ini.

"Awaakkkkkkkkkkk.........." Suaraku yang agak kuat dan terus menekup mulut menggunakan kedua belah tapak tangan secara automatik kepala aku menggeleng sendiri keran tidak percaya dengan apa yang aku lihat.


Maaf, buat awak terkejut.Tapi hari itu saya nak cuba bagitahu awak, awak langsung taknak bagi peluang jadi saya terus cerita dengan mak ayah awak supaya dia orang tak marah kalau saya jumpa awak lagi.Saya juga suruh mak ayah awak rahsiakan benda ini, supaya saya sendiri boleh bagitahu awak." terang dia dengan panjang lebar.


"Tapi macam mana awak kenal saya?Apa yang awak cakap dengan mak saya?Pasal kahwin?Awak ke mula dulu?Saya peliklah! Argghh!!" Aku terus kebinggungan dengan semua yang terjadi.


Ish!! budak ini bertubi-tubi soalan kau bagi macam inspektor polis pula.Amirul terus menarik tangan aku dan bawa aku masuk ke dalam kereta.Aku cepat-cepat tepis, sebelum dia tolak aku masuk ke dalam kereta.Eh! mamat ini, nak bawa aku kemana entah tiba-tiba saja tarik tangan aku.


"Cepat naik! nak saya jawab soalan awak kan?awak taknak pelik lagi kan? aku hanya menggangukkan kepala untuk menjawab soalan dia.Dia terus paksa aku naik dan aku mengalah.


Ok, Ini tempat awak excident dengan saya.Masa excident, mybe awak tak perasaan salah satu barang awak dah tercicir dari buku atau beg awak.Saya tidak pasti, tapi apa yang saya pasti barang itu kepunyaan awak.' terang Amirul dan aku masih memikirkan barang apa yang aku telah cicir sehingga dia boleh kenal aku.




'Ni dia!' Amirul tunjuk sekeping gambar.Gambar itu adalah aku.Ya!! Tak salah itu memang gambar aku masa hari raya tahun lepas.'no, saya nak simpan' Itu kata-kata yang keluar dari mulut amirul dan aku terus pelik.


"Tapi itu gambar saya, awak takde apa-apa dengan saya! Kita kenal pun dalam skype saja kan?So awak takde hak nak simpan gambar saya." Tegas aku sebab aku rasa dia cuba mencerobohi hak peribadi aku.


"Awak..kita memang kenal hanya di Facebook dan semakin rapat di Skype.Ye!Saya tak nafikan itu, saya juga takkan nafikan bahawa saya takde hak nak ambil hak peribadi awak.Cuma saya nak awak tahu, itu semua dulu.Lepas saya jumpa awak dan family awak..saya rasa saya nak jadi sebahangian hidup awak, Amira Azira"


Aku terkedu dan hanya tundukkan kepala, tak tahu sama ada malu atau pelik dengan cara percakapannya tadi.





No comments: