PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Friday, February 10, 2012

Eps2 : Aku Bukan Milikmu





Kring, kring, kring, kring,.... -Jam loceng berbunyi

"Yela, aku bangun ini.ishh! jam ni bisingla.....sibuk je kejutkan aku pagi - pagi ni..." Aku memberhentikan jam loceng dari terus berbunyi.

Mengliat, urgghh "bestnya kalau tidur lagi.ish ! syaitan ni sibuk nak kacau aku nak solat." hatiku berkata.


Aku terus meluru ke cermin dan mengusap-ngusap muka aku "Cantik juga kau ini Amira Azira, hahaha" sambil terus senyum.Aku terus mengambil tuala untuk mandi sambil berjalan ke kamar mandi, aku membebel sendiri "Kalau ada orang tadi,confirm! mesti dia ingat aku gila.Mak confirm menyesal marah aku semalam sebab pagi tetiba aku gila" aku tersenyum sendiri.


"Ish! budak ini, pagi-pagi dah senyum sorang-sorang.Dah itu, bangun awal pulak selalunya abah dah pergi kau tak bangun-bangun lagi.Kau demam ke,nak?jom kita ke klinik." Tanya abah kepada ku.


"Taklah, ada pula cakap macam itu.Hari ini, Az nak pergi cari kerja lah abah." Aku senyum dan terus masuk ke kamar mandi. 'Confirm kena perli ni'  hatiku berkata.


"Pn.Azlina, betul ke dengan apa yang saya dengar ini? atau telinga saya ada masalah" Abah mula memerli aku. "Az! nak cari kerja kat mana?" tanya abah lagi.


"Mana-mana sahaja abah, janji halal"


------------------------------------------------------------------


Aku meminta kebenaran mak sebelum keluar dari rumah.Aku berpusing-pusing dengan motor aku, sambil berfikir 'Baik aku cuba kerja kat sini lah.Takde jauh sangat dari rumah'. Aku terus parking motor, dan 'Ya Allah, permudahkan lah urusan aku.Amin'


"Assalammualaikum, kak..saya tengok notis diluar ada kerja kosong.." tak sempat aku sambung kata-kata aku, kakak terus kata "Dik, isi borang dulu ye?pastu adik boleh balik, nanti kalau dapat kami akan telefon adik" aku terus tersenyum dan terus mengambil borang tersebut.


"Ni kak, dah siap" 


"Terima kasih, nanti apa-apa hal kami akan telefon adik" Aku senyum dan terus bergerak ke luar.


----------------------------------------------------------------


"Maaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!!!!!!!!" 


"Aduh, sakit..." aku mengadu kesakitan tiba-tiba lelaki dari mana entah tegur aku.


"kak.. tak apa-apa? maaf tadi saya hilang kawalan." mohonnya. 'Dia panggil aku kakak?dia tak sedar ke, umur dia brpa? erkk..sabar jela..' aku terus membebel dalam hati dalam pada tak sedar aku telah buat muka yang agak pelik dan membuatkan lelaki itu tertawa.


"Excuse, saya tengah sakit.awak boleh gelak" kataku dengan nada yang agak keras.Lelaki itu serta merta tekup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. 


"Maaf, tapi muka awak macam pelik saja kalau macam itu.Maaf ye?" Dengan nada perlahan. "Ermm..saya hantar awak balik ye?"


"Habis motor saya ini? motor awak, kawan saya bawa.Awak, naik kereta.kita gi klinik then hantar awak balik." Lancar saja lelaki itu bercakap.


Aku takut sebenarnya,. tetapi lelaki itu seolah-olah memahami perasaan aku.


"Takpe, makwe kawan saya ada dalam kereta.Jangan risau..jom.." Pujuk lelaki itu.


Aku terus bangun dan masuk ke dalam kereta, seperti yang dikatakan dia menghantar aku ke klinik dan terus ke rumah.Motor aku, kawan dia yang bawa.Aku suruh dia hantar sampai separuh jalan, tapi dia kata dia perlu bertanggungjawab untuk jawab dengan mak ayah aku.Aku mula gelisah.


Sampai di perkarangan rumah aku, mak aku keluar untuk mengetahui siapa yang datang.Aku bertambah berdebar-debar melihat mak yang sedang bercekak pinggang.Apabila aku keluar dari kereta..Mak terus menjerit.


"Astagfirullahalazim Az!!!"



No comments: