PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Wednesday, February 8, 2012

Eps1 : Aku Bukan Milikmu






Amira Azira mungkin seorang wanita yang agak kasar tapi dia memiliki hati yang lembut bak kapas yang dicurahkan air. Dia juga memiliki tahap keegoan yang amat tinggi, justeru itu semua orang yang berdekatan atau mahu rapat dengannya perlu memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi.

"Az!!! Termenung saja kerja kau ini,Az.Ada juga baiknya kau pergi cari kerja, ini tidak duduk kat rumah ini.Sekejap lagi, duduk depan laptop berjam-jam.Apa nak jadi dengan kau ni Az.Mak tengok pun mak penat, kau tak penat ke?" Lama aku membatukan diri tanpa kata, setelah aku yakin mak tidak akan sambungkan ayat.Aku pun menjawab

"Mak ni, Az tak tahu nak kerja apa.Hah! apa kata Az kerja kat rumahlah, kerja jaga mak dan adik-adik" tergelak aku melihat muka mak yang agak bengis. "Ok2, Az cari kerja esok ye mak ku sayang".

Aku bangun dan terus ke bilik.Ermm..betul juga cakap mak tadi, hari-hari buat kerja yang sama, facebook saja terus.Bosan juga! Sepatutnya dah habis SPM ini, aku enjoy dengan member.Ini member kerja, aku sorang duduk tanam anggur kat rumah. Adoih..

------------------------------------------------

ting! -Chat Skype berbunyi

Amirul Azran: Hai awak, tadi buat apa je?

Amira Azira: Dia ini lagi..ermm 'tadi kemas rumah je.Awak pula?'

Amirul Azran: Takde buat apa pun.Biasalah lelaki, duduk lepak-lepak saja.hehe.

Amira Azira: Lelaki pun boleh buat kerjalah.Parahlah isteri awak macam ini, semua nak depends dengan dia saja.Awak pun kena juga tolong sama.

Amirul Azran: Yela, Cik Az.I will listen your advice.Thank you for your advice.

Amira Azira: Sentap ke? watlek lah awak.. adoii, macam mana nak pujuk jantan ini eik?

Amirul Azran: Excuse Cik Az not JANTAN but A Boy dalam bahasa Melayu LELAKI.

Amira Azira: Marah ke? sorry okeyh! 
        
Still tak ada reply,.....

Amira Azira: Awak, awak marah saya ke? Ok, i'm so sorry and promise tak cakap lagi that word! really promise!! Sorry awak...

• Amirul Azran Offline

Larh..offline pula? 
marah betul tu, aku dah lah tak reti nak pujuk budak lelaki.Argghh lantaklah! malas nak fikir, yang pasti esok aku nak pergi cari kerja.

Oklah laptop, aku nak tidur.Esok nak pergi cari kerja.Lalalala kerja, kerja... hahaha :D 







No comments: