PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Sunday, June 29, 2014

CHAPTER 4 : MAMA


Selepas tetamu semua beransur pulang, Lisa membawa keluar kek yang dibuat hasil dari air tangannya. Lisa berharap sekurang-kurangnya, dia mendapat sedikit pujian untuk dirinya. 

"Happy Birthday Kak Ngah dan Kak Cik" Lisa menghulurkan kek bersama lilin yang sudah dibakar.

"terima kasih, letaklah dalam peti sejuk itu dahulu" kata Kak Ngah. 

Tersentap Lisa mendengarnya, tanpa meniup lilin.. dia terus suruh lisa letak semula dalam peti sejuk. Kak Cik pula langsung tidak memberi sebarang reaksi malah dia menjeling pula Lisa. Lisa hanya tersenyum..

"Tiuplah lilinnya dahulu.........." kata mama, yang memerhati gelagat anaknya.

"Ahh! dia yang pasang lilin, dia padam sendiri!" tetiba Kak Cik bersuara dengan nada yang agak tinggi dan menjeling lisa. Lisa terus pusing dan membawa semula kek itu ke dapur.. tanpa memadam lilin itu.

Sampai di dapur, lisa meniup lilin itu sendiri dan terus masukkan kek ke dalam peti sejuk semula. Lisa terus naik ke biliknya, dalam tidak sedar air matanya sudah mengalir di pipi. Ya Allah.. kuatkanlah aku. Tabahkanlah aku. 

--------------------------------------------------------------------------------

Lisa terlena dalam tagisannya semalam, selepas kejadian itu.. dia tidak tahu macam mana nak berhadapan dengan kakaknya. Sakitnya hati dia selepas kejadian itu. 

Bila lisa turun, rupanya kakaknya semua sudah balik ke rumah masing-masing dan lisa berharap sekurang-kurangnya, salah satu dari kakaknya membawa kek yang dibuat semalam. Bila lisa buka peti sejuk. Kecewanya hati Lisa, bila lihat kek yang dibuatnya.. tidak terusik sedikit pun.

Lisa mengeluarkan kek tersebut dan memotongnya. Lisa rasa daripada tidak makan, lebih baik kita bersedekah. Lagipun kek ini besar, tak larat sekiranya dia mahu menghabiskan seorang diri.

----------------------------------------------------------------------------------

"Sedaplah Lis. Pandailah kau, nanti kau ajar aku tau!"

"Alah, haritu kata kek aku hangit. eh! Lin, kau nak tahu.. ini kek kedua aku cuba tahu tak. Kek yang pertama itu jadi, tapi mama cakap elok kau aku buat kek macam ini. So, kek itu aku bagi sahaja jiran sebelah rumah aku itu. Seronok pula tengok anak dia dapat kek itu"

"Aku nak tanya kau, kek ini.. akak kau tak makan kan?"

Lisa terus terdiam. Lisa tidak tahu apa yang mahu dia beritahu, yang dia tahu. Dia sedih sangat bila kek yang dibuat tidak dihargai. Lama kelamaan, lisa menganggukkan kepalanya.

"Sabarlah. Aku ada dengan kau. Aku faham.. apa perasaan kau. Kau jangan sedih ye? aku sedia menghabiskan kek ini" pujuk Lin, rakan baiknya.

"hoi! janganlah menangis. Tak penat ke? Sudahlah Lisa. Kita lagi 3 tahun, nak berumur 20 tahun. Cukup umur itu, kau buatlah keputusan terbaik untuk diri kau, Lis! Aku akan sokong kau, walau apa pun keputusan kau."

Lisa terus mengesat air matanya dan tersenyum. Benar kata, Lin.. cukup umurnya 20 tahun, tiada siapa boleh menghalang dia membuat sebarang keputusan. Cuma dia pernah janji, apa pun keputusan yang dibuatnya. Pasti itu akan memberi kebahagian juga kepada mamanya. 

"Lin, tengok ini.." Lisa menghulurkan no telefon sambil tersenyum dan Lin pun tersenyum sekali.

"Kenapa tak telefon? mesej ke?" 
"Malu.... tapi aku seronok sangat borak dengan dia semalam walaupun pada mulanya dia memang sangat annoying bagi aku"
"Jodoh ini............" kata Lin.

JODOH? Aku baru kenal dia sekali. Itu pun nama dia, semalam pun borak pasal isu lain.. bukan borak pasal hal peribadi. Even umur dia pun aku tidak tahu.. apatah lagi tempat tinggal. Kerja apa. memang taktahu langsunglah. Nama sajalah yang tahu pun.. ish! tak mungkin jodoh. 

No comments: