PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Friday, June 22, 2012

Eps9 : Aku Bukan Milikmu

'

Aku cuba menelefon telefon bimbit dia, tapi tidak dapat dihubungi. 

"Ya Allah, kalau dia bukan jodohku permudahkan aku." Aku berdoa. 

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menghantar kata putus melalui SMS sahaja.

"Amirul Azran, maaf saya menganggu awak.Saya tahu sekarang awak memang sibuk.. Saya dah tengok facebook CintaDoubleA, saya tahu perempuan memang bukan diri saya. Perempuan itu lagi cantik dari saya dan mungkin dia lagi baik dari saya. Saya memang jahat, saya tak terima awak pada mulanya sebab saya tak kenal awak. Saya takut awak permainkan saya, setiap kali saya fikir itu, awak pasti ada untuk saya.Awak cakap tak mungkin tapi sebenarnya awak pembohong.Awak pembohong seperti lelaki yang pernah saya kenal dulu.Maafkan saya, saya terpaksa pergi demi kebahagian awak dan dia."

Butang send ditatap, tapi tanganku keras tak mampu untuk menekan butang tersebut. Aku cuba tenangkan hati dan send.

Mesej tersebut tidak masuk sebab dia tutup telefon bimbit, mungkin bila dia buka..dia akan baca.

-----------------------------------------

Dah 2 minggu aku hidup tanpa dia, mesej aku tidak di balas sama ada belum baca atau sudah baca aku pun tidak tahu.Apa yang penting, aku kena kuat hadapi semua cabaran yang di alami ini. Kuat demi mak dan maruah aku sebagai perempuan.

"Assalammualaikum......?"

"Walaikumsalam.." siapa datang ini? mak abah tak ada kat rumah pulak tu.

Terkejutnya aku bila melihat orang yang memberi salam itu adalah orang yang sangat aku rindui.Aku rindu suara dia, aku rindu senyuman dia, aku rindu gelak tawanya. "Ya Allah, kuatkan iman aku, aku taknak di padang rendah di hadapan seorang lelaki yang sudah memberi harapan palsu kepada aku" 

"Amira!" Dia memanggil aku di saat aku menoleh ke belakang untuk menutup pintu semula. Tapi panggilannya buat aku terpaku, tanpa menoleh memandang dia.

"Amira, maafkan saya.Saya cintakan awak.Gambar itu, awak salah faham.Saya mohon, awak dengar dulu penjelasan saya.Saya rindukan awak, Amira Azira" Dia berkata dengan tulus. Tapi aku takkan pernah percaya katanya.

"Saya tunggu awak Amira!!!" Jeritnya selepas aku menutup pintu rumahku.

"Aku tak mampu harungi semua ini, Ya Allah tabahkan hatiku untuk terima semua ini.Kuatkan metal dan fizikal aku."  Aku berdoa dalam hati untuk menenangkan jiwaku.

Tiga malam aku tak dapat tidur, aku tidur dan tiba-tiba aku tersedar. Aku teringat kata-katanya dan aku cuba hapuskan semua kata-katanya dari fikiranku. Aku tak mahu ditipu lagi, aku takut untuk memberi harapan lagi.Biarlah aku merasa sakit sekarang, mungkin tidak lama lagi semuanya akan hilang bila tiada lagi cinta untuk dia.

---------------------------------------

Mak Abah duduk di ruang tamu sambil melihat televisyen.Tetiba

"Az,.." Abah memanggil aku.

"Ye, Abah.." 'Sini, nak!' Aku terus duduk di kerusi ruang tamu.

"Az, taknak jumpa Amirul?!" 

aku pelik kenapa abah tetiba tanya pasal dia. Aku cuba kuatkan diri.

"Tak akan Abah, Az taknak jumpa dia. Jangan jumpa, dengar suara dia pun Az taknak!" Aku jawab dengan penuh emosi.

"Az, jangan pentingkan diri.Az, kena bagi dia jelaskan dulu semuanya.." Abah cuba memujuk aku.

"Taknak abah, Az kata TAKNAK! Az taknak jumpa dia lagi" aku mula sebak.

"Dahlah abang, anak kita taknak ye sudah.Biarkan diorang uruskan sendiri urusan mereka.Kita takpayah masuk campur" Mak cuba tenangkan aku.

Aku terus naik ke bilik. Tapi malam itu, aku tak tidur langsung. Aku tak mampu melelapkan mataku. Aku cuba mengawal emosi aku. Apa aku ke yang bersalah?! aku patut berjumpa dengan dia?! aku pentingkan diri? semua kata-kata abah masuk ke dalam fikiran aku.

Aku mencapai telefon.

Aku tak mampu mendail nombor telefonnya, aku mampu hantar peti simpanan suara kepada dia.

"Amirul Azran, saya nak jumpa awak esok kat taman. Petang dalam pukul 5. Saya tunggu awak sampai pukul 9malam, kalau awak tak datang maknanya hubungan kita sampai di sini sahaja. Assalammualaikum."

Peti simpanan suara itu cukup ringkas dan padat.Aku berharap dia datang dan beri penjelasan sebenar-benarnya tentang gambar tersebut.


-Nantikan sambungnya episod 10(Episod Terakhir)-

2 comments:

Amirah. said...

yeahh :D hope hubungan diorang kekal :3

Cik T said...

selamat membaca :D