PERINGATAN!

Blog ini dihasilkan untuk mengisi masa lapang penulis dan mengembangkan minat penulis untuk menghasilkan karya-karya seperti cerita pendek, sajak ataupun puisi. Semua cerita yang dihasilkan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia. Anda DILARANG "copy" segala kandungan yang ada di dalam blog ini.

IF YOU RESPECT ME, I'M WILL RESPECT YOU

Untuk membaca blog penulis, sila lawat
www.tehaalarh.blogspot.com
SEKIAN. TERIMA KASIH

Sunday, June 24, 2012

Eps10 : Aku Bukan Milikmu (Akhir)





Di Taman Permainan

  Seperti mana yang aku telah beritahu dia, aku akan tunggu ketibaannya sehingga jam 9 malam. Aku duduk di taman sambil melihat kanak-kanak bergelak ketawa bersama rakan-rakan mereka membuatkan aku terkhayal seketika.

"Aduh!! Sakitnya" Sememangnya menghentikan aku daripada khayalan.Bola yang terbang dan terkena kepalaku jatuh di kaki aku.Aku pengang bola dengan penuh rasa geram.

"Awak...." adakah itu suara dia.Aku tak mampu mendongakkan kepalaku.

"Awak, maafkan saya tadi saya tak perasaan saya sepak bola itu terlalu jauh.Maafkan saya.Kalau boleh, saya nak bola itu balik, boleh?"

Fuh! lega hati aku, rupanya bukan dia tapi budak yang main bola di tanam. Aku angkat muka dan terus beri bola tersebut kepada dia.

-------------------------------------------
 Tak kira apa pun terjadi aku kena jumpa Amira.Aku tak boleh lemah, aku kena kuat.Aku kena keluar dari

"aduh!" Amirul cuba menahan kesakitan dengan menutup mulut apabila cuba mengeluarkan jarum yang telah dicucuk di tangannya.Amirul cuba keluar daripada hospital tanpa di ketahui oleh keluarganya sendiri.

Apabila kakak Amirul perasaan kehilangan jejak Amirul dari hospital, kakaknya terus mengejar Amirul dari belakang.Disaat Amirul memecut laju, dia tidak melihat ke kanan ketika dia ingin masuk ke lebuh raya dan saat itu keretanya remuk.

Amirul tetap gagahkan dirinya untuk keluar dari kerendaan dan berjalan untuk berjumpa dengan aku tapi saat itu dia tak segagah yang dia sangka. Dia terus rebah di atas jalan, orang ramai mengelilingi dia tiba-tiba kakak dia datang menjerit dan terus letak kepala Amirul di atas pehanya.

"Tolong panggil ambulance,.. tolong panggil ambulance..." kakak amirul menjerit meminta bantuan orang ramai yang berada di sekelilingnya.

"Kak..Amira....." Amirul tidak kuat lagi untuk bersuara, dia menahan kesakitan. 

Kakaknya cuba menenangkan "Ye Mirul, akak janji akan bawa Amira dekat hospital.. Mirul kena kuat" kata kakaknya yang masih menahan sebak

"Mirul tunggu Amira" Itu kata-katanya sebelum dia pengsan.

-----------------------------------------
  Dah pukul 9:30malam, tapi aku masih menunggu dia. "Awak,.. taknak datang ke?" dengan perasaan sedih aku melangkah perlahan-lahan dan aku masih berharap dia adalah milikku.


Dalam tak sedar rupanya aku sudah sampai di depan rumah.Aku melihat mak abah menangis teresak-esak. Aku pelik dan aku takut.



"Mak......" belum sempat aku berkata, mak terus suruh aku bersiap.

Aku dengan penuh tanda tanya, aku bersiap dan terus menaiki kereta.Ketika berada di dalam kereta, aku cuba bertanya tapi suaraku seolah-olah disekat oleh sesuatu.Hospital? kataku dalam hati.

Aku turun dari kereta dan rupanya ada orang sambut kedatangan aku, paling mengejutkan orang yang menyambut kedatangan aku itu adalah perempuan yang ada di dalam gambar bersama Amirul.
Ya Allah? apa semua ini.Apa sebenar terjadi? Aku terus buang fikiran negatif itu. 

Sampai sahaja di bilik, aku tengok semua menangis dan aku melihat seseorang yang aku sangat kenali.Ye, aku kenal orang itu..

"A..mi..ra..." Amirul cuba memanggil aku.Suaranya tersangkut-sangkut dan sangat perlahan.

"Amirul?" Aku bertanya dengan penuh rasa terkejut dan aku melihat di menganggukkan kepalanya.


Pada saat itu, airmata aku penuh membasahi pipi.Aku peluk dia tanpa kata yang ada hanya sedu-sedan. Amirul tersenyum melihat aku sambil mengelap pipiku dengan tapak tangannya dan dia berbisik kepadaku


"Sayang.. kenapa menangis? b ada di sini.Maaf sebab b tak datang jumpa sayang semalam sebab kakak b tak bagi keluar hospital.sayang.. jangan menangis ye? b tetap ada di hati sayang, i love you."


Setelah Amirul mengucapkannya, Amirul terus sesak nafas.Nafasnya tak terkawal, doktor cuba menyelamatkan dia. Tangannya aku genggam dan takkan aku lepaskan.Nafasnya turun naik turun naik dan aku terus menangis sehingga dia pergi selamanya.

Saat doktor menyebut innalillahiwainnailaihirojiun fikiranku melayang tangan dia yang aku genggami, lagi kuat aku genggami dan aku masih berharap dia akan bangun memelukku.Tapi mak telah tarik aku ke belakang dan tangan dia terlepas dari genggamanku.

-------------------------------------------
 Sudah 2 minggu aku kehilangan dia buat selamanya dan setiap kali selepas aku habis membaca yasin aku akan baca surat yang dia tinggalkan buatku.Isinya sangat ringkas dan sangat bermakna bagiku.

Kepada orang yang pernah saya cintai(Amira Azira)


Mungkin saat awak membaca surat ini, saya telah pergi selamanya dari hidup awak.Maaf sekiranya saya pernah menyakiti awak.Tapi Amira Azira, awak perlu ketahui satu perkara cinta saya tidak pernah hilang untuk awak.Saya sudah berjanji dengan diri saya, saya akan mencintai awak sehingga akhir nafas saya.Gambar yang awak lihat itu, sebenarnya kakak saudara saya, saya memang mesra dengan dia.Dia memang tahu tentang hubungan kita, tapi awak tak pernah tahu pasal dia.Sebab itu saya tak pernah marah kenapa awak taknak berjumpa dengan saya langsung dan saya nak minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji saya untuk mengahwini awak kerana saya terpaksa pergi kerana Aku Bukan Milikmu, hanya milik Allah S.W.T.Saya harap awak maafkan saya dari hujung rambut sehingga hujung kaki.Amira Azira, ketahui bahawa saya yang bernama Amirul Azran sangat mencintai dan menyanyangi awak 


Daripada orang yang pernah menyakiti kamu(Amirul Azran)




Sememangnya dia tidak pernah menyakitiku seperti lelaki lain yang pernah aku temui.Dia sangat istimewa bagiku.


-TAMAT-

6 comments:

Amirah. said...

halamak! ending dia sedeyh lah :( huhu .. ade buat karya lagi ke ?

Cik T said...

ada insyaallah :D

irsah said...

ishk2.. tisu please... sedey lar ending...

Cik T said...

nah *smbil hulur tisu :D

nurhafizahshaffril.blogspot.com said...

wahhh..karya yang menarik..teruskan usaha anda..=)

Cik T said...

terima kasih :)